Wanita tanpa rahim tagih jawapan Jakim

Wanita tanpa rahim tagih jawapan Jakim

Empat tahun berlalu, wanita dilahirkan tanpa rahim atau sindrom Mayer-Rokinstansky-Kauser-Hauser (MRKH) masih menanti jawapan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) berhubung hukum prosedur mengandung golongan itu.

Difahamkan, teknik pemindahan rahim dicadangkan MRKH Malaysia yang menjalankan kajian dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pakar dari Sweden, Dr Mats Brannstrom sejak 2017.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Oktober 2014 memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

Pengasas MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim, berkata mereka memohon kepada Jakim untuk mengkaji semula fatwa itu sejak 2019 kerana ada keperluan terutama membantu wanita lahir tanpa rahim untuk mendapat zuriat.

Katanya, tidak timbul isu ada pihak mengambil kesempatan termasuk pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana prosedur itu memerlukan penerima serta penderma sesuai dan dilaksanakan dengan kawalan ketat.

“Pemindahan tidak akan dilakukan jika calon tidak melepasi kriteria dan prosedur ditetapkan,” katanya yang menubuhkan MRKH Malaysia pada 2014 – sehingga kini ia mempunyai lebih 200 ahli berdaftar.



MRKH dan Hospital UKM mengadakan pertemuan dengan pakar pemindahan rahim dari Sweden, Mats Brannstrom baru-baru ini

FMT pada Februari tahun lalu melaporkan impian memiliki anak mungkin menjadi realiti buat wanita MRKH, jika cadangan pemindahan rahim daripada golongan ibu yang tidak lagi digunakan diterima pihak berkuasa termasuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Nur Syazwani atau lebih dikenali sebagai Wani Ardy berkata, pemindahan rahim bukan hanya bermakna untuk wanita MRKH, malah ia boleh menyumbang kepada ilmu perubatan di Malaysia.

“Sebanyak 100 pembedahan pemindahan rahim dilakukan di seluruh dunia, 20 daripadanya di Sweden…50 bayi dilahirkan. Bayi pertama yang lahir daripada pembedahan pemindahan rahim serta rawatan IVF (bayi tabung uji) kini berusia hampir 10 tahun. Pembedahan pertama di dunia bermula di negara Arab dan Turki.



“Penerima paling tua pernah direkodkan adalah 38-40 tahun. Selepas usia 35 tahun, peratusan untuk keguguran akan meningkat. Jadi lebih muda, lebih baik,” jelasnya mengapa kelulusan perlu diberikan segera Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Beliau berkata, HCTC sudah bersedia dengan barisan doktor yang akan dilatih Brannstrom untuk menjalankan prosedur berkenaan dan wujud kebimbangan projek itu mungkin dilaksanakan di pusat perubatan lain membabitkan pesakit bukan Islam.

“Kasihanlah pada wanita Muslim yang lahir tanpa rahim atau rahimnya rosak dan dibuang. Mereka hanya berputih mata tengok bukan Islam buat pembedahan,” katanya. FMT

Wanita tanpa rahim tagih jawapan Jakim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker