DAP gugur Ramasamy di Pulau Pinang?

DAP gugur Ramasamy di Pulau Pinang?

Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, P Ramasamy dikatakan digugur daripada senarai calon parti itu untuk PRN bulan depan.

Sumber berkata, pembantunya M Satees juga tidak dapat mempertahankan kerusinya di DUN Bagan Dalam yang dimenanginya pada 2018.



Ramasamy julung kali dipilih sebagai Adun Perai pada 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu sehingga kini. Beliau dilantik sebagai timbalan ketua menteri sejak 2008.

DAP dijadual mengumumkan senarai calonnya di Pulau Pinang pada 5 petang ini. Ramasamy ketika dihubungi meminta FMT menunggu pengumuman rasmi.

Sumber itu berkata, Ramasamy akan digantikan S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi Ecoworld Development Sdn Bhd yang menyertai industri hartanah lebih 31 tahun.

Spekulasi mengatakan jawatan timbalan ketua menteri akan diambil alih Jagdeep Singh Deo, jika Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi PRN Pulau Pinang.



Jagdeep dijangka mempertahankan DUN Datok Keramat yang diwakilinya sejak 2008.

Sumber berkata, keputusan itu mungkin menamatkan kerjaya politik Ramasamy yang kini berusia 74 tahun.

Beliau mula menyertai DAP pada 2005, selepas berkhidmat sebagai ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Tetapi, ia boleh dianggap kerjaya cemerlang,” kata sumber itu sambil menambah Ramasamy ialah timbalan ketua menteri dari kaum India pertama di negara ini, jawatan disandangnya selama tiga penggal selepas DAP menewaskan BN pada PRU 2008.



“Beliau memenangi kerusi Perai ketika itu dan memegangnya selama tiga penggal. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan selama sepenggal pada 2008.

“Walaupun beliau meminta (bertanding) satu penggal lagi, beliau boleh berbangga kerana banyak berjasa kepada masyarakat India di Pulau Pinang,” kata sumber itu. FMT

DAP gugur Ramasamy di Pulau Pinang?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker