Wanita maut dalam pertembungan kereta dan lori sawit

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan sawit di Jalan Selendang, Felda Selendang di Rompin pada Sabtu.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 9.43 pagi itu, pemandu lori dilaporkan cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.



 

Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan sawit
Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan sawit

 

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori sawit dan sebuah kereta.

“Terdapat mangsa lelaki cedera (pemandu lori) manakala seorang wanita yang tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.



Zulfadli berkata, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit mengunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk menerima rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker