Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

Selain pendakwaan, permohonan Najib dibantah oleh Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.



Pada 31 Mei lepas, Najib memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker