Tun Taib selamat dikebumikan

Tun Taib selamat dikebumikan

KUCHING: Suasana pilu di Tanah Perkuburan Demak Jaya, ketika jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dikebumikan pada jam 1.50 tengah hari tadi.

Hujan renyai-renyai mengiringi pengebumian tokoh negarawan Sarawak itu yang disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, anakanda baginda, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



Kira-kira 1,000 ahli keluarga, kenamaan, pegawai kerajaan serta orang awam memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Pengebumian Allahyarham Abdul Taib yang dijalankan dengan istiadat penghormatan negeri turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta tiga timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Terdahulu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 7.50 pagi bagi membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak selama 32 tahun.

Pada jam 11.30 pagi, jenazah dibawa ke Masjid Demak Jaya dan solat jenazah yang diketuai Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dijalankan selepas waktu Zohor.



Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumi di sebelah kubur isterinya, Allahyarham Puan Sri Laila Taib yang terletak bersebelahan masjid berkenaan.

Abdul Taib meninggal dunia pada jam 4.40 pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.

Beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut, selepas keluar dari unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya. BH

Tun Taib selamat dikebumikan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker