Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)

Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)

Kemelut dan kontroversi rumah tangga pempengaruh terkenal Boss Kay dan bekas isteri, Cik Pia sering menjadi perhatian warganet dan terbaharu Cik Pia dilihat berusaha untuk berjumpa dengan bekas suaminya namun didakwa tidak dilayan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari dilihat sedang bersiaran langsung di TikTok sambil cuba mendekati bekas suaminya yang berada di dalam kereta dipercayai di kawasan tempat letak kereta di Ampang, Selangor.



Tujuan Cik Pia meminta bekas suaminya itu untuk bertemu dengannya adalah untuk memberi kerjasama dalam urusan surat menyurat dari mahkamah.

Kalau tak salah kenapa lari? Saya nak minta kerjasama awak sahaja untuk ambil surat mahkamah.

Sementara itu, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau Boss Kay turut menjelaskan mengapa dia tidak mahu berjumpa dengan isterinya tersebut menerusi di siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada waktu yang sama.

Saya tak nak jumpa sebab dia mesti nak buat ‘live’ dan dia tahan kereta. Saya malas nak jumpa dia sebab dia psiko.



Bagaimanapun, usaha Cik Pia untuk berjumpa dengan bekas suaminya itu tidak berhasil selepas lelaki tersebut dilihat terus memandu keluar dari kawsan berkenaan.

Sekadar info, Boss Kay pernah mendirikan rumah tangga bersama Nooraini Noni dan Cik Pia. Hasil perkahwinan tersebut, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac lalu.

Tak lama selepas itu, dia berkahwin untuk kali ketiga dengan seorang pelakon dan pengacara iaitu Tash Yong.
Sumber: TikTok Cik Pia, TikTok Live Bosskay

Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker