Abang Mat bidas MCA, hanya PM berkuasa tentukan menteri

 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata terpulang kepada perdana menteri untuk membuat keputusan dan menilai prestasinya sebagai menteri.

Mohamad berkata demikian susulan gesaan MCA agar dia digugurkan daripada kabinet.



“Di negara kita, semua pihak bebas untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka.

“Bagaimanapun kuasa untuk menilai prestasi menteri serta kuasa untuk menentukan siapa yang akan jadi menteri atau tidak adalah hak Perdana Menteri serta perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya

“Saya akan terus berkhidmat sedaya upaya saya dan bekerja seperti biasa selagi mana saya masih memegang amanah sebagai salah seorang menteri dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

Mohamad diminta mengulas gesaan jurucakap MCA Mike Chong semalam agar tiga menteri disingkirkan dalam rombakan kabinet yang sedang diperkatakan kerana tidak menunjukkan prestasi dan mengundang kontroversi.



Chong mahu Mohamad digugurkan kerana isu kekurangan bekalan makanan di pasaran seperti beras dan telur.

“Sejak diamemegang jawatan, Malaysia telah menyaksikan kekurangan telur dan beras.

“Dia bukan sahaja gagal menghalang masalah ini daripada berlaku, malah juga gagal menangani kenaikan harga barangan keperluan harian yang mendadak,” katanya.

Selain Mohamad, MCA juga menggesa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming digugurkan.



Malaysiakini telah menghubungi kedua-dua menteri itu untuk mendapatkan komen.

Selain menggesa penyingkiran ketiga-tiga mereka, Chong turut meminta Anwar meletakkan jawatan menteri kewangan atau melantik menteri kewangan kedua supaya dia boleh memberi tumpuan sebagai perdana menteri.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker