Kecualikan kenaikan SST kepada 8% bagi bil elektrik, air

Kecualikan kenaikan SST kepada 8% bagi bil elektrik, air

oleh Wee Ka Siong

Pada awal tahun 2023, saya berkali-kali bersuara di parlimen tentang kenaikan bil elektrik sekitar 40% akibat daripada kenaikan kadar ICPT.



Kesan ini bukan sahaja dirasai oleh sektor perniagaan, malah para pengguna juga terkesan kerana penggunalah yang akhirnya menanggung segala kos kenaikan.

Mulai Julai 2023, Kerajaan telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 30% bagi isi rumah dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWh atau bil elektrik semasa melebihi RM708 sebulan.

Pada masa itu, kerajaan turut berkata bahawa tiada kenaikan bagi penggunaan elektrik antara 600kWh ke 1,500 kWh atau bil elektrik semasa kurang daripada RM708 sebulan.

Akan tetapi, isi rumah dengan penggunaan elektrik antara 600kWh ke 1,500 kWh tidak lagi terkecuali dari kenaikan akibat daripada rebat ditarik balik bagi golongan ini mulai 1 Januari 2024, mengikut pengumuman terbaru kerajaan.



Beban subsidi kerajaan untuk kos elektrik bagi tempoh separuh pertama tahun 2023 tahun lepas adalah RM10.7 bilion.

Akibat penurunan kos bahan api seperti arang dan gas yang drastik serta pelbagai pemansuhan rebat dan surcaj tambahan yang dikenakan ke atas kedua-dua sektor komersial dan sektor domestik yang menaikkan bil elektrik bulanan sejak itu, beban subsidi kerajaan dijangka akan turun ke RM1.9 bilion bagi separuh pertama tahun 2024.

Tapi bila bil elektrik naik, kutipan cukai servis ke atas bil elektrik juga naik – lagi menambahkan beban bulanan ke atas isi rumah dan perniagaan termasuk sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Biarpun nilai kutipan cukai servis ke atas elektrik sudah pun naik sejak tahun itu, kerajaan masih rancang untuk menaikkan kadar cukai servis dari 6% ke 8% bermula Mac 2024.



Kehidupan rakyat memang sangat susah sekarang, bolehkah kerajaan kecualikan kenaikan kadar cukai servis ke atas kos elektrik?

Jangan dinaikkan ke 8% tetapi kekal pada 6% sebagaimana sektor F&B, sektor parking dan sektor telekomunikasi tidak dinaikkan ke 8%.

Telekomunikasi adalah utilti bulanan asas. Begitu juga dengan elektrik dan air. Kenapa kadar cukai servis tidak dikekalkan juga bagi caj elektrik dan air? Kerajaan perlu konsisten.

Awal bulan Januari ini, sektor komersial dan pembuatan sudahpun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka kecewa kenapa tarif elektrik mereka tidak diturunkan setelah kos bahan api turun dengan drastik. Kenapa perlu dibebankan lagi dengan kenaikan kadar cukai servis?



Lagipun perluasan skop cukai servis ke banyak lagi sektor seperti perubatan tradisional dan perkhidmatan komplimentari, logistik serta penghantaran, pembrokeran dan penajajaminan yang diumum kerajaan juga akan menambah beban ke atas perniagaan dan pengguna.

Jadi, saya saran kerajaan untuk beri sedikit ruang kepada pengguna dan perniagaan untuk bernafas seketika setelah beberapa kali menanggung kenaikan bil elektrik sejak tahun lepas serta menanggung beberapa cukai baharu yang bermula tahun ini untuk meredakan beban ke atas isi rumah dan juga untuk menurunkan tekanan inflasi dari sektor perniagaan.

Kecualikan kenaikan SST kepada 8% bagi bil elektrik, air

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker