Guru ditahan sebelum berlepas tunai umrah atas dakwaan amang seksual 3 pelajar

Guru ditahan sebelum berlepas tunai umrah atas dakwaan amang seksual 3 pelajar

HULU SELANGOR: Mahu tunai umrah selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajarnya.

Itu tindakan seorang guru berusia 26 tahun yang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah maahad tahfiz di Batang Kali, di sini.



Difahamkan, tiga pelajar lelaki berusia lingkungan lapan hingga 11 tahun menjadi mangsa gangguan seksual sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, perjalanan suspek ke Tanah Suci tidak kesampaian apabila dia ditahan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata lelaki itu diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, jam 10.45 malam.

Beliau berkata, penahanan dibuat berdasarkan hasil risikan dan maklumat polis.



“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Semua mangsa yang terlibat adalah pelajar suspek sendiri di maahad tahfiz berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, suspek dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017. BH



Guru ditahan sebelum berlepas tunai umrah atas dakwaan amang seksual 3 pelajar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker