Saksi ‘misteri’ akan ikrar, wujud titah Najib jalani hukuman di rumah

Saksi ‘misteri’ akan ikrar, wujud titah Najib jalani hukuman di rumah

Seorang ‘saksi kritikal’ yang belum didedahkan, akan mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum (tambahan) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Dalam prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan mendengar permohonan kebenaran bekas perdana menteri itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan kepada Hakim Datuk Amarjeet Singh bahawa saksi terbabit kini berada di Makkah.



Muhammad Shafee sehubungan memohon pendengaran permohonan anak guamnya ditangguhkan kepada 17 April ini selepas individu itu pulang ke tanah air selepas Hari Raya Aidilfitri untuk menandatangani afidavit sokongan berkenaan.

Amarjeet kemudian membenarkan permohonan peguam senior itu dan turut mengarahkan supaya hujahan bertulis difailkan pada 15 April.

Dalam prosiding secara ex-parte itu (sebelah pihak), Peguam Negara yang dinamakan Najib sebagai salah seorang responden, diwakili Peguam Kanan Persekutuan diwakili Ahmad Hanir Hambaly.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding berkenaan, Muhammad Shafee enggan mendedahkan saksi ‘misteri’ terbabit.



Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.



Najib juga memohon perintah agar kesemua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda serta titah adendum selain memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. BH



Saksi ‘misteri’ akan ikrar, wujud titah Najib jalani hukuman di rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



https://mykmu.net/2024/04/03/wanita-tikam-mati-lelaki-ketika-lakukan-

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker