Aliff tidak mahu ceraikan Bella

Aliff janji selesaikan masalah rumah tangga

Aliff tidak mahu ceraikan Bella

Aliff Aziz, 33, memohon semua pihak memberi ruang dan peluang baginya menyelamatkan rumah tangga bersama isteri, Bella Astillah.

Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz mendakwa masih sayangkan keluarga, lantas, berjanji mencuba sehabis baik untuk berdamai dengan Bella.



“Beberapa minggu ini, semuanya bercampur baur bagi saya. Semua yang terbabit pasti merasakan yang sama. Jadi, buat diri ini, saya akan guna semua peluang yang ada untuk selamatkan rumah tangga saya demi anak-anak.

“Saya rindukan anak-anak. Saya buat kesilapan. Saya buat banyak kesilapan, tetapi, pada penghujungnya, ini bukan keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru dan tanpa memikirkan segala hal.

“Saya harapkan sangat sokongan dari semua orang. Dalam soal rumah tangga, tidak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” katanya kepada pemberita sebaik prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella berakhir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Pada prosiding itu, Aliff dan Bella diperintah hadir proses JKP di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 4 Jun depan berikutan aktor kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.



Aliff dilapor memberitahu mahkamah, dia perlukan masa untuk berfikir mengenai permohonan cerai difailkan Bella.

Diasak pertanyaan wartawan berhubung pelbagai isu sejak kontroversi kes tangkapan khalwat bulan lalu, dan terbaharu, dakwaan dibuat Bella, semalam, Aliff bagaimanapun meminta orang ramai menghormati ruang bagi dirinya menyelesaikan masalah.

“Saya minta jasa baik rakan media beri ruang supaya prosedur (perintah ikuti proses JKP) dapat berjalan seperti dirancangkan.

“Terima kasih keada pihak mahkamah kerana beri ruang untuk prosedur ini diteruskan mengikut langkah demi langkah.



“Kami akan merentas halangan untuk sampai ke arah itu. Jadi, buat masa ini, saya berharap agar semuanya baik-baik untuk kami,” katanya.

Sebelum ini, Bella memfailkan perceraian daripada Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Sejak bulan lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu. BH

Aliff tidak mahu ceraikan Bella



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



https://mykmu.net/2024/04/03/wanita-tikam-mati-lelaki-ketika-lakukan-

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker