Keberkesanan Dos Penggalak (Booster) Merosot Ketara Pada Bulan Keempat

Keberkesanan Dos Penggalak (Booster) Merosot Ketara Pada Bulan Keempat

Keberkesanan dos ketiga atau penggalak vaksin jenis mRNA Pfizer dan Moderna merosot dengan ketara menjelang bulan keempat pelalian, demikian menurut kajian baharu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kelmarin.

Walaupun sudah diketahui bahawa keberkesanan vaksin menurun selepas dua dos, namun tidak banyak kajian yang diterbitkan mengenai tempoh perlindungan dos penggalak.



Kajian baharu itu dibuat berdasarkan lebih 241,204 kunjungan ke jabatan kecemasan atau klinik  dan 93,408 kes kemasukan ke hospital yang lebih serius dalam kalangan orang dewasa yang menghidap Covid-19 antara  26 Ogos 2021 hingga 22 Januari 2022.

Keberkesanan vaksin pula diputuskan dengan membandingkan kebarangkalian keputusan positif  ujian Covid-19 antara pesakit yang divaksinasi dan tidak divaksinasi serta kaedah statistik untuk faktor kawalan  seperti umur, tahap penularan tempatan dan ciri pesakit seperti komorbiditi.

Semasa tempoh yang didominasi varian Omicron, keberkesanan vaksin dalam mencegah kunjungan ke jabatan kecemasan berkaitan Covid-19 atau klinik adalah 87 peratus dalam tempoh dua bulan selepas dos ketiga tetapi turun kepada 66 peratus menjelang bulan keempat.

Keberkesanan vaksin dalam mencegah kemasukan ke hospital adalah 91 peratus dalam dua bulan pertama, tetapi merosot kepada 78 peratus menjelang bulan keempat selepas dos ketiga.

Bercakap pada taklimat Covid-19 di White House  Rabu lepas, penasihat perubatan tertinggi Presiden Joe Biden,  Anthony Fauci berkata,  kemungkinan dos keempat diperlukan untuk meningkatkan  tindak balas imunisasi kepada golongan  yang lebih lemah, seperti orang tua dan mereka yang mengalami kurang daya tahan penyakit. – AFP



Keberkesanan Dos Penggalak (Booster) Merosot Ketara Pada Bulan Keempat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker