Dakwa nama sudah tidak laku untuk dijual, bikin ‘Long Nan’ panas hati

Bekas menteri besar Pahang, Adnan Yaakob menempelak calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang mendakwa namanya sudah “tidak laku untuk dijual”.

Adnan berkata dia ada bukti yang Haslihelmy menggunakan namanya ketika berkempen dengan mengaku sebagai anak saudaranya.

“Beliau menggunakan (nama saya) mengatakan saya ni bapa saudara dialah. Kenal lamalah dengan ayah dia.



“Soal nama saya laku tak laku janganlah jual dari mula (kempen). Kalau tak laku nama saya tak jual dari mula. Ini jawab macam memperakui bahawa menjual nama saya laku. Itu yang dia cakap begitu.

“Bila dia mengatakan saya begini, saya berasa panas hati juga, soal laku tak laku kenapa jual nama saya awal-awal.

“Tak nafikan ramai orang hantar rakaman audio sebab dia jual nama saya…saya tak suka jual nama saya walaupun nama saya laku,” katanya ketika ditemui ketika berkempen di Manchis, dekat Bentong, petang semalam.

Pada 4 Okt lalu, media melaporkan Haslihelmy  menegaskan tidak laku jika dia menjual nama bekas menteri besar Pahang itu ketika kempen.



Menurutnya, sepanjang tempoh 11 hari berkempen, beliau tidak pernah menjual nama bekas Adun Pelangai selama 36 tahun terbabit.

“Saya berkempen sehingga hari ini tidak ada jual mana-mana nama sekali pun bahkan beliau (Adnan),” katanya seperti dilapor.

Dalam pada itu, Adnan menasihatkan calon Bebas supaya bertanding secara anak jantan dan cuba elak daripada hilang deposit.

Mengulas mengenai PRK esok, Adnan menasihati pengundi supaya memilih calon yang boleh dikawal oleh rakyat.



“Makna kalau calon ni besok yang terpilih kita boleh pergi rumah dia tengah malam, ketuk pintu tarik dia keluar, mana janji awak nak tolong saya…itu kita pilih,” katanya lagi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker