Ditimpa palang gol, murid 11 tahun disahkan maut

BINTULU: Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St Anthony, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit mengesahkan Balai Polis Pusat Bintulu menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.

“Seorang murid warga tempatan telah terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah semasa aktiviti kokurikulum.



“Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan kes itu.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker