Dibelasah bapa mabuk, remaja perempuan terima 12 jahitan

Tangkap layar video dirakam memaparkan suspek memukul anaknya di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, di sini, tengah malam tadi. – Foto ihsan pembaca

REMBAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menerima 12 jahitan pada kepala selepas ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapanya yang dikatakan mabuk di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, dekat Kota, di sini tengah malam tadi.

Susulan kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, polis menahan bapa mangsa, 47, yang turut mempunyai tujuh rekod jenayah di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dan menahan suspek di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut oleh ambulans dan dijangka dirujuk ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan.



“Siasatan lanjut mendapati mangsa ditendang pada perut, lebam pada bahu kanan serta luka pada kepala dan terpaksa menerima jahitan.

.”Difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa,” katanya.

Bapa mangsa direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker