Ismail ucap takziah kepada Azalina atas pemergian ibu

Ismail ucap takziah kepada Azalina atas pemergian ibu

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada penyandang Parlimen Pengerang Azalina Othman Said atas pemergian ibunya, Salamah Sheikh Ahmad.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada YB Datuk Seri Azalina dan keluarga atas kehilangan bonda yang tersayang.



“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan roh mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Ismail dalam catatan di Facebook.

Menurut laporan Bernama, Salamah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini, dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Julai lalu, bapa Azalina, Othman Said meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua.

Dalam pada itu, Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Rosnah Rashid Shirlin, di Facebook miliknya memuat naik poster berhubung pemergian ibu Azalina.



“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas kehilangan ibunda tercinta, dan semoga kekal tabah menghadapi dugaan ini,” katanya. FMT

Ismail ucap takziah kepada Azalina atas pemergian ibu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker