Jangan pilih pemimpin sekadar popular, perlu pandai mentadbir – Mahdzir

Jangan pilih pemimpin sekadar popular, perlu pandai mentadbir – Mahdzir

PENGERUSI Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti.

Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik.



“Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh.

“Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular.

“kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam.



Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau menegaskan bahawa pertikaian yang kerap berlaku dengan pemimpin di peringkat Persekutuan, akan menghalang sebarang kemajuan dalam projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

“kalau selalu cari masalah…kita gaduh hari-hari, kita fitnah hari-hari, kita marah hari-hari, siapa mahu tolong kita?

“Padang hujungnya, (pemimpin negeri) bawa surat, sampai duduk bersama Perdana Menteri, minta juga sama Perdana Menteri. Tapi macam mana Perdana Menteri nak bagi kalau hari hari kamu maki ini Perdana Menteri,” katanya.



Mengulas lanjut, Mahdzir menegaskan bahawa Menteri Besar yang dipilih harus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

“Orang nak makan, bayar bil elektrik, bayar rumah, bayar kereta, beli susu untuk anak-anak.

“Itulah perkara yang paling penting, tak perlu membincangkan perkara lain sebagai Menteri Besar, tak perlu nak cari gaduh,” katanya. Utv

Jangan pilih pemimpin sekadar popular, perlu pandai mentadbir – Mahdzir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker