Diperdaya ‘pegawai’ Tengku Zafrul, warga emas rugi RM81k

Diperdaya ‘pegawai’ Tengku Zafrul, warga emas rugi RM81k

Kuala Selangor: Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai wakil pemberi bantuan daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memperdaya warga emas menyerahkan barang kemas miliknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang wanita warga emas berusia 70 tahun.



“Menurut pengadu, ketika dia berada di Batu 8, Kampung Asahan, di sini, datang seorang lelaki tempatan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza memperkenalkan diri sebagai wakil pemberi bantuan daripada Tengku Zafrul kira-kira 11 pagi, 16 Jun lalu.

“Suspek memaklumkan mahu memberi bantuan kewangan dan akan membawa mangsa ke balai raya untuk mengambil kupon pendaftaran dengan menaiki kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, mangsa yang bersetuju dengan pelawaan itu turut mengajak jirannya iaitu seorang wanita warga emas berusia 72 tahun.

“Sebelum itu, suspek pergi ke beberapa rumah berdekatan untuk menawarkan bantuan sama. Mangsa bersama jirannya kemudian mengikut suspek menaiki kereta.



“Sebaik tiba di balai raya, pengadu mendapati tiada orang di kawasan itu lalu dan suspek memaklumkan akan membawa mereka ke pejabat Tengku Zafrul yang terletak di pekan Bestari Jaya,” katanya.

Beliau berkata, suspek memberhentikan kereta di hadapan sebuah pasar raya sebelum meminta mangsa dan jirannya menyerahkan barang kemas semasa di dalam kenderaan itu.

“Mangsa tanpa berfikir kemudian menyerahkan dua gelang tangan dan tiga cincin dianggarkan bernilai RM8,100 serta kad pengenalan kepada suspek.

“Suspek dikatakan meminta barang kemas itu untuk ditimbang dan kemudian jumlah berat akan ditukarkan kepada wang,” katanya.



Katanya, akibat percaya, mangsa dan rakannya menyerahkan barang kemas terbabit.

“Mangsa diminta untuk menunggu di kedai makan berhampiran. Namun selepas beberapa jam menunggu, mangsa dan jirannya mendapati kereta lelaki itu tiada,” katanya.

Bertindak atas maklumat itu, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun jam 4 petang, semalam.

“Kami merampas sebuah MPV Perodua Alza, dua gelang tangan, tiga cincin dan satu resit pajak gadai atas nama suspek.



“Siasatan lanjut mendapati terdapat tiga laporan polis yang dibuat berkaitan modus operandi sama.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran. HM

Diperdaya ‘pegawai’ Tengku Zafrul, warga emas rugi RM81k



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?



Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker