Rakam video sebagai bukti Bella didera, saksi beritahu mahkamah

KUALA LUMPUR: Rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, bahawa dia merakam video remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella di kondominium di Wangsa Maju di sini.

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, 39, berkata rakaman itu diberikan kepada aktivis kanak-kanak dan penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi Alhabshi, sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.

Saksi pendakwaan pertama itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.



Dia memberitahu mahkamah menafikan merancang untuk membuat rakaman video sebaliknya hanya singgah secara tiba-tiba di rumah tersebut dan mula membuat rakaman.

Bagaimanapun, Zurianty menafikan dia merakam video itu dalam keadaan emosi sedih untuk meyakinkan Syed Azmi, namun bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Syed Azmi adalah individu pertama menerima video berkenaan.

Selain Syed Azmi, katanya, rakaman video itu dihantar kepada beberapa individu lain kerana ketika itu dia trauma selepas menemui Bella di unit kondominium berkenaan.

“Saya kemudian menghubungi kawan-kawan lain untuk mendapatkan sokongan emosi selain memberitahu apa yang patut dilakukan kerana ketika itu saya dalam keadaan ‘blank’ (kosong) tapi saya perlu bertindak untuk membantu siasatan”, katanya.



Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 14 Sept ini.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker