Kes Covid meningkat, Menteri kata SPM dan sesi sekolah tetap diteruskan

JOHOR BAHRU -Sesi persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac ini akan diteruskan walaupun kes Covid-19 kini semakin meningkat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ini kerana peratusan pesakit baharu Covid-19 yang melibatkan kategori empat atau lima adalah kecil.

“KPM komited untuk memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar, teratur dan selamat dengan memastikan kesemua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi.



“Komitmen ini dibuat dengan mengambil kira pengalaman pelaksanaan SPM 2020 pada Februari tahun lalu berjalan dengan lancar dan kita juga sudah mempunyai SOP yang lengkap berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, peperiksaan SPM tiada masalah untuk diteruskan kerana lebih 90 peratus pelajar Tingkatan Lima sudah lengkap divaksin berbeza berbanding dengan pelajar yang menduduki SPM pada tahun lalu.

“Kita juga mengambil pertimbangan ini dengan melihat konteks kesihatan yang lebih besar iaitu jumlah kes baharu tidak memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara,” katanya.



Pihaknya bagaimanapun tidak menafikan terdapat jangkitan Covid-19 melibatkan guru-guru dan pelajar di kawasan sekolah, namun peratusan itu terlalu kecil.

“Kluster sekolah terlalu kecil iaitu hanya melibatkan 0.5 peratus daripada keseluruhan jumlah sekolah tidak berasrama iaitu sebanyak lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara,” ujarnya.

Beliau berkata, KPM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan perjalanan operasi persekolahan dilakukan dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Dalam pada itu, Radzi berkata, KPM turut menggalakkan lebih ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 11 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).



Kes Covid meningkat, Menteri kata SPM dan sesi sekolah tetap diteruskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker