Virus Lassa, 3 rakyat Britain dijangkiti, seorang maut

Virus Lassa, 3 rakyat Britain dijangkiti, seorang maut

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengesahkan satu kematian tragik melibatkan penyakit demam Lassa selepas beberapa jangkitan dikesan pada Rabu lalu, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Tiga jangkitan dikesan di England Timur selepas sebuah keluarga pulang dari melancong ke Afrika Barat.



“Kami mengesahkan kematian yang menyedihkan melibatkan seorang pesakit yang disahkan menghidap demam Lassa. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,’’ kata seorang jurucakap Yayasan NHS Bedfordshire.

“Kami akan terus menyokong keluarga pesakit, manakala kakitangan kami akan bekerjasama rapat dengan rakan sekerja daripada UKHSA untuk menjalankan pengesanan kontak,’’ tambahnya.

Bagaimanapun, UKHSA mengesahkan bahawa risiko penularan virus tersebut kepada masyarakat adalah sangat rendah.

Demam Lassa adalah penyakit akut virus berdarah yang boleh membawa kepada pendarahan dalaman dan menjejaskan fungsi sistem organ.



Pesakit biasanya dijangkiti selepas terdedah kepada makanan atau barang yang mengandungi air kencing atau najis tikus. Ia juga boleh disebarkan melalui cecair dari badan pesakit.

Virus itu adalah daripada keluarga yang serupa dengan Ebola tetapi tidak menyebabkan kematian atau menular. Ia telah menjadi endemik di beberapa negara Afrika Barat.

Kebanyakan pesakit yang mengalami demam Lassa akan pulih sepenuhnya tetapi sesetengah daripada mereka akan sakit dengan teruk.

Demam Lassa berasal dari bandar Lassa di utara Nigeria. Demam itu mempunyai tempoh pengeraman selama 21 hari dan boleh berjangkit melalui cecair badan. K Online



Virus Lassa, 3 rakyat Britain dijangkiti, seorang maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker