Mawi Nafi Rumahtangga Mereka Bergolak

Mawi Nafi Rumahtangga Mereka Bergolak

PENYANYI dan penyampai radio Mawi tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri Ekin sedang berantakan.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, isu berkenaan tercetus susulan ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.



“Masa kami buat sidang media filem Hantu Kuat Ketawa, isteri saya tidal dapat hadir atas sebab tertentu. Masa itu Ekin di Johor Bahru. Jelas Mawi, kesemua itu tidak benar dan ketiadaan Ekin pada majlis tersebut bukanlah disebabkan mereka bergaduh.

“Bukan sebab kami gaduh dan sebagainya,” katanya.

Foto Instagram cahayaasmawi

Tambahnya, dia berharap isu berkenaan tidak dipanjang-panjangkan.

“Alhamdulillah 13 tahun kami sudah bersama. Semalam baru sahaja kami keluar. “I love my ‘Masyhur Sang Sakti,” tulisnya di satu hantaran di Instagram, pada Selasa.



Ekin sebelum ini akui mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka.

“Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak? Terima kasih bebanyak.

“Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? cerai ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.

Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun.-AA



Mawi Nafi Rumahtangga Mereka Bergolak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker