Harimau di Gua Musang, Perhiilitan masih mengesan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan masih meneruskan usaha mengesan harimau yang dilaporkan berkeliaran di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang sebelum ini.

Pengarahnya, Mohd Hafid Rohani berkata setakat ini juga tiada aduan baru diterima pihaknya berhubung kelibat haiwan tersebut.

“Operasi masih dijalankan dan sehingga kini kita dalam proses menjejaki harimau terbabit. Namun tiada aduan terbaru daripada penduduk sejak kebelakangan ini berhubung kedudukan harimau terbabit.

“Bagaimanapun, operasi tetap dijalankan dan kita belum mengadakan perbincangan sama ada untuk mengurangkan kekuatan anggota di lokasi atau sebaliknya,” katanya dihubungi, hari ini



Dia berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini usaha Perhilitan menjejaki harimau yang sebelum ini dilaporkan berkeliaran di Pos Bihai, Gua Musang, selain meragut nyawa seorang penduduk Orang Asli dalam kejadian Januari lalu.

Tambahnya, setakat ini pihak Perhilitan Kelantan masih mengekalkan pemasangan tiga perangkap di beberapa lokasi di samping pemantauan dengan kekuatan 15 orang kakitangan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker