Menteri KDN bidas Sanusi kerana ‘tidak menjaga rahsia’, tidak tahu bezakan urusan negara dan politik

Sikap Sanusi Nor menggunakan maklumat dalam mesyuarat sebagai “modal berceramah” antara punca mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah tidak diadakan lebih setahun, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, yang juga pengerusi bersama jawatankuasa itu, berkata menteri besar Kedah itu juga dikatakan “tidak menjaga rahsia”, sambil menyifatkan Sanusi tidak tahu membezakan perkara berkaitan urusan negara dengan perbezaan politik.

“Dia tak perlu mengadu kenapa mesyuarat pembangunan negeri tak dibuat. Menteri besar ini banyak hadir mesyuarat persekutuan, mesyuarat kewangan, dan mesyuarat keselamatan.



“Tetapi, saya dapati apabila dia balik daripada mesyuarat itu, dia gunakan maklumat dalam mesyuarat untuk ceramah kepada PAS cawangan sedangkan maklumat disampaikan tidak memberi gambaran sebenar.

“Mesyuarat rasmi kerajaan ada yang bertaraf rahsia besar, bertaraf sulit dan kalau dia hadir mesyuarat persekutuan, kemudian balik hanya untuk memperlekeh apa yang berlaku dalam mesyuarat, maka dia seorang yang tak jaga decorum,” katanya menurut Berita Harian selepas hadir Program Ihya Ramadan Polis Kedah, di IPD Kulim.

Pada Khamis, dilaporkan Sanusi dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, menzahirkan kekecewaan dengan tindakan Saifuddin, didakwa gagal mengadakan mesyuarat itu sejak lebih setahun lalu bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlarutan kerana ia berkait dengan peruntukan di bawah persekutuan dan sebahagiannya terletak bawah kuasa negeri seperti tanah.



Dalam pada itu, Saifuddin yang juga menteri dalam negeri, berkata tiada sebarang gangguan terhadap tugas dan peranannya sebagai pengerusi jawatankuasa, bagi memantau pelaksanaan projek persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat sudah lama tidak diadakan.

Katanya, projek persekutuan di negeri terbahagi kepada dua, iaitu projek bukan fizikal yang boleh dilaksanakan seperti biasa dan projek fizikal yang kebiasaannya membabitkan kerja sambungan daripada kelulusan terdahulu.

“Tadi saya hadir program di bawah Pejabat Kemajuan Negeri, tiga hari lepas pun saya hadir yang sama. Jadual saya penuh untuk bulan ke depan kerana kita melihat projek sambungan yang tak boleh berlaku kelewatan seperti projek loji rawatan air.

Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram



“Kecuali projek baharu yang perlukan urusan tanah, tetapi jika projek persekutuan tak akan dia tak boleh bagi kerjasama dan jika dia boleh berubah (jaga etika), saya tak ada masalah menyegerakan mesyuarat yang memerlukan kehadirannya,” katany

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker