Sukar kesan pemilik Twitter Edisi Siasat

Sukar kesan pemilik Twitter Edisi Siasat

Sukar bagi pihak berkuasa mengesan siapa di sebalik Edisi Siasat, akaun Twitter yang menyiarkan pendedahan mengenai rasuah dan salah guna kuasa, kata seorang pakar keselamatan.

Pakar keselamatan siber Siraj Jalil berkata, mereka di sebalik Edisi Siasat sama ada berada di luar negara atau di Malaysia, menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk menyembunyikan lokasi.



VPN membenarkan pengguna menyembunyikan alamat Protokol Internet (IP), bagi menghalang sesiapa daripada menjejaki lokasi mereka.

Akaun Twitter yang menukar namanya kepada Edisi Khas baru-baru ini, menimbulkan kekecohan susulan beberapa hantarannya yang membabitkan pegawai tertinggi kerajaan, termasuk dalam pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada November tahun lalu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan, pihaknya membuka 13 kertas siasatan terhadap Edisi Siasat.

Siraj berkata, pihak berkuasa tidak diberi pilihan untuk melakukan tapisan terhadap akaun itu kerana hanya Twitter yang boleh berbuat demikian.



Twitter, yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) diketahui mempunyai pendirian mempertahankan hak kebebasan bersuara dan bukan mudah untuk meminta syarikat gergasi media sosial itu sama ada mengeluarkan hantaran, akaun atau mendedahkan butiran pengendali akaun.

Beliau berkata, tidak mungkin Twitter akan melayan sebarang permintaan untuk memberikan alamat IP kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun katanya, jika kegagalan VPN berlaku, ia boleh mendedahkan alamat IP sebenar pengendali Edisi Siasat.

Sumber polis yang enggan namanya disiarkan, menyuarakan kebimbangan bahawa kaedah Edisi Siasat menerbitkan apa yang dipanggil pendedahan mereka boleh mendorong orang lain untuk menyerang pihak atau individu tertentu di sebalik kerahsiaan internet.



“Hari ini, apabila sesuatu yang kelihatan sensasi dikongsi di media sosial, tidak lama selepas itu ia akan menjadi tular. Ini berbahaya,” kata sumber itu, sambil menambah ini boleh “mengganggu ketenteraman awam”. FMT

Sukar kesan pemilik Twitter Edisi Siasat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker