“Faham, tidak mengaku salah Yang Arif,” – Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan d

Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim, Nor Rajiah Mat Zin.



“Faham, tidak mengaku Yang Arif,” katanya.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat Kuala Lumpur pada 11 malam, 11 Julai llalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala Sanusi diwakili peguam Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud.

Kes kedua Sanusi kini disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Osman Affendi Mohd Shalleh.

Bagaimanapun, jurukamera dan pengamal media yang menunggu sejak jam 7 pagi gagal merakamkan gambar pemimpin PAS itu yang dibawa pihak polis menerusi laluan lokap mahkamah.

Turut berada di pekarangan mahkamah adalah ahli Parlimen Jerlun, Abdul Ghani Ahmad, ahli Parlimen Besut,  Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim.



Menerusi hantaran di laman Facebook Sanusi, dia  ditahan polis kira-kira 3 pagi tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan kemudiannya dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Media baru-baru ini melaporkan ucapan Sanusi pada satu ceramah politik di Selangor dikatakan menghina institusi diraja Selangor.

Pemimpin PAS itu dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.



Pada 13 Julai, Ketua Polis Negara Razarudin Husain pada sidang media khas berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Sanusi berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R dalam ceramah politiknya.

Sementara itu, keadaan di sekitar bangunan mahkamah dilaporkan tenang dan terkawal dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan beberapa elemen pasukan termasuk polis trafik dan Pasukan Gerakan Am (PGA) lengkap dengan senjata raifal.

Ia turut dibantu dengan dron oleh Unit Dron PDRM yang melakukan pemantauan di lokasi.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker