Islah ditahan sebab pakai mafela Palestin di Mekah

Islah ditahan sebab pakai mafela Palestin di Mekah

Pelakon dan pengarah filem dari United Kingdom, Islah Abdur-Rahman mendakwa dirinya ditahan tentera Arab Saudi ketika mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Dakwanya, empat orang anggota tentera menangkapnya kerana dia memakai mafela Palestin di kepala dan tasbih berwarna bendera Palestin di pergelangan tangannya.



“Saya dibawa ke sebuah tempat di mana mereka turut menahan individu-individu lain yang berkemungkinan membuat kesalahan yang sama,” kata Islah berkongsi pengalamannya pada satu hantaran di media sosial.

Selain itu, Islah berkata pihak tentera juga ada bertanyakan tentang status kewarganegaraannya.

“Semasa saya ditahan, mereka menyoal siasat saya, bertanyakan tentang kewarganegaraan saya, mengapa dan berapa lamakah saya berada di sini,” katanya.

Menurut pelakon itu, pihak tentera mengarahkannya untuk menunjukkan cara memakai mafela Palestin itu sambil mereka berbincang dan mengambil visa miliknya.



Islah berkata dia yakin mafela itu menjadi puncanya ditahan.

“Jelas sekali skaf itu adalah isunya. Mereka bercakap dalam Bahasa Arab dan asyik berkata ‘keffiyeh Palestin’ sambil melihat ke arahnya.

“Semasa saya dibebaskan, seorang petugas berjumpa dan mengambil skaf saya lalu berkata ‘tak bagus’.

“Israel-Palestin tak bagus, jangan pakai. Tak boleh,” dakwa Islah lagi.



Selepas menyerahkan mafela dan tasbih Palestin itu, dia kemudiannya menandatangani borang pelepasan dan memberikan cap jarinya.

Menurut Islah, dia berasa takut ketika ditahan dengan kemungkinan pelbagai perkara boleh terjadi ke atasnya.

“Kemudian, ketakutan itu menjadi sebuah kesedihan.

“Ia menjadi semakin teruk kerana saya sedar ini sebahagian kecil daripada apa yang dirasai rakyat Palestin,” luah Islah.



Bagaimanapun, Islah berkata dia tidak mahu memberi gambaran buruk terhadap Mekah kerana ia tempat yang indah, cuma dia ingin menunjukkan betapa rakyat Palestin tidak mempunyai suara.

Berikutan perkongsian di Instagram itu, katanya dia telah menerima mesej berbaur kebencian daripada rakyat Arab Saudi yang mempertahankan kejadian itu.

Sesetengah pihak berkata tayangan simbol dan bendera memang tidak dibenarkan di kota suci umat Islam itu. Mk

Islah ditahan sebab pakai mafela Palestin di Mekah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker