Filem gagal, Aamir Khan tak ambil bayaran

Filem gagal, Aamir Khan tak ambil bayaran

PELAKON Aamir Khan dikhabarkan sanggup melepaskan bayaran yang diterimanya menerusi filem Laal Singh Chaddha selepas naskhah tersebut gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan di pawagam.

Menurut laporan media di India, pelakon berusia 57 tahun itu mahu bertanggungjawab atas kerugian yang terpaksa dialami pihak produksi.



Filem tersebut hanya mampu meraih kutipan sebanyak 60 kror (RM3.3 juta) sejak ditayangkan pada 11 Ogos lalu.

“Jika Aamir mengambil bayaran yang sepatutnya dia terima, pihak produksi terpaksa menanggung kerugian sebanyak 100 kror (RM5.6 juta).

“Bagaimanapun, Aamir berasa perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku,” ujar wakil daripada pihak produksi.

Difahamkan, Aamir menghabiskan masa selama empat tahun untuk terlibat dalam filem arahan Advait Chandan tersebut.



Naskhah tersebut menampilkan aktres, Kareena Kapoor sebagai heroin.

Filem Laal Singh Chaddha sebelum ini menerima banyak kecaman daripada masyarakat di India selepas dikatakan mencemarkan imej pasukan tentera negara itu. K Online

Filem gagal, Aamir Khan tak ambil bayaran


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker