Along pecahkan cermin kenderaan lima jiran rugi RM5,000

 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan empat jirannya di Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang, di sini, kerugian RM5,000 selepas cermin hadapan lima kenderaan mereka dipecahkan ejen pinjaman wang atau along gara-gara seorang daripada penduduk di situ tidak melunaskan hutangnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian bermula 7 pagi pada 22 Mei lepas ketika lelaki berusia 42 tahun itu berada di rumah sebelum dikejutkan jiran yang menyatakan bahawa cermin hadapan kereta lelaki itu dan empat kereta jiran lain telah dipecahkan.



Beliau berkata selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.

“Dipercayai seorang daripada penduduk di kawasan itu ada membuat pinjaman wang dengan along. Disebabkan pinjaman tidak dibayar, along telah membuat khianat dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Pihak kami turut menerima satu lagi laporan polis daripada seorang lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai penghantar barang Lalamove, yang keretanya disimbah cat setelah membuat pinjaman dengan along melalui dalam talian pada Januari lepas sebanyak RM500,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya susulan daripada kedua-dua laporan polis itu, seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai ejen syarikat pinjaman wang ditahan di Ampang Boulevard Condominium, di Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama, di sini pada 4.30 petang, 25 Mei lepas.
Mohamad Farouk berkata polis turut merampas sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan pelbagai dokumen bagi tujuan siasatan.



“Suspek mempunyai empat rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah, dan direman enam hari hingga 31 Mei. Suspek telah diberi jamin polis dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek lain yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai



Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker