Siti Nordiana Dedah Pernah ‘Couple’ Dengan Arwah Achik Spin

Penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dirinya pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Allahyarham Achik Spin ketika di usia remaja.

Siti Nordiana

Menerusi perkongsian video di TikTok Sinar FM, Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana berkata perasaan cinta timbul apabila arwah Achik mula menunjukkan tanda minat kepadanya.

Malah, Nana mendedahkan banyak gosip yang timbul mengatakan tentang kisah cinta mereka.



Ini cerita lama la, cerita zaman monyet dululah, umur 15, 16 juga la masa remaja budak-budak. Masa itu saya digosipkan dengan arwah Achik. Pergi mana-mana kan, bila digosipkan mesti kita rasa malu-malu dengan dia.

Kira macam, dia memang ada hati kat saya la, memang saya tahu sebab selama ini kan dia pergi show, dia suka dan minat dengan saya punya suara apa semua itu kita tahu la dia peminat kita.

Jadi, okay la saya pun balas la cinta dia. Balas cinta dia tapi sekejap saja la. Tak ingat berapa tahun, dari umur Nana 16, 17 begitulah.

Pada perkongsian yang sama, Nana juga memberitahu arwah sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan bekas suami yang juga pelakon Allahyarham Faizal Yusop.



Malah, Nana juga berasa yakin awrah Achik akan turut menyertai program Gegar Vaganza sekiranya masih lagi hidup.

Saya rasa kalau dia masih hidup, mungkin dia pun masuk Gegar Vaganza kot. Sebab dia mungkin dia pun sangat memberi sokongan pada karier saya juga.

Even masa saya dalam perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan saya sebab dia orangnya kelakar.

Untuk info, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.



Sumber: TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker