13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi

13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi

NEW DELHI: Tiga belas wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menghadiri satu majlis perkahwinan di utara Uttar Pradesh, India, dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi pada Rabu.

Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai sedang duduk di atas kepingan besi yang menutupi perigi itu apabila ia patah dan menyebabkan mereka terjatuh ke dalam lubang itu.



Menurut Majistret Daerah Uttar Pradesh S. Rajalingam, perigi itu dipercayai sudah usang dan tidak mampu menampung berat mangsa-mangsa terbabit.
“Mangsa jatuh dan ditimpa serpihan,” katanya.

Perdana Menteri India Narendra Modi dalam hantaran terbaharu di Twitter berkata, kemalangan itu “amat menyayat hati”.

“Pihak berkuasa tempatan akan memberikan segala bantuan yang diperlukan,” kata Modi.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath turut dilaporkan telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk membantu keluarga mangsa terlibat.

Kebiasaannya, majlis perkahwinan di India diadakan dalam suasana yang meriah dan mewah dengan kehadiran ramai tetamu dan berlangsung selama beberapa hari.

Pada 2017, seramai 24 tetamu yang meraikan majlis perkahwinan di negeri barat laut Rajasthan terbunuh apabila tembok yang runtuh menimpa mereka dalam kejadian ribut.-AA



13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker