Peja bersumpah taknak masuk neraka

PUTRAJAYA: Apa sahaja yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet tidak boleh didedahkan kepada masyarakat, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tegasnya, beliau sudah bersumpah atas nama Allah di hadapan Yang di-Pertuan Agong agar tidak berkongsikan sebarang intipati mesyuarat Kabinet yang diadakan pada Jumaat.

“Saya dah sumpah depan Yang di-Pertuan Agong, saya tak boleh bercerita apa yang kami bincang dalam Kabinet. Kalau saya ini (langgar sumpah)..sebab saya bersumpah atas nama Allah.



“Kalau saya ceritakan, masuk neraka, saya tak nak masuk neraka. Makan rasuah, salah guna kuasa kemudian sumpah dengan nama Allah, kemudian kita tak ikut, masuk neraka.

“Jadi jangan makan rasuah sebab masuk neraka, bukan masuk penjara,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata demikian bagi menjawab soalan media sama ada pembubaran Parlimen dibincangkan atau tidak dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Ketika diminta mengulas kritikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan terhadap warkah menteri Perikatan Nasional (PN) kepada Yang di-Pertuan Agong, beliau menegaskan semua pihak boleh mengeluarkan pandangan masing-masing.



“Sahabat saya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, dia banyak tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen daripada PN dan kami semua tak pernah setuju dengan dia juga.

“Ini negara demokrasi, kami fikir kami perlu menyampaikan hasrat kami, dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ada pihak yang tidak bersetuju, ada ramai juga yang bersetuju. Tak perlu kita nak bergaduh, saya menghormati beliau dan saya fikir masing-masing boleh keluarkan pandangan,” ujarnya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan UMNO menyifatkan keabsahan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri semakin berkurang.



Ia susulan tindakan 12 anggota jemaah menteri dari Bersatu dan Pas yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan tidak setuju untuk PRU15 diadakan tahun ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker