Kerajaan sedia peruntukan RM600 juta buat pekebun kecil – Ismail

Kerajaan sedia peruntukan RM600 juta buat pekebun kecil – Ismail

KERAJAAN akan menyediakan peruntukan lebih besar kepada pekebun kecil iaitu RM600 juta berbanding RM508 juta yang disalurkan pada tahun ini.

Ini sekaligus menyaksikan peningkatan jumlah peruntukan sebanyak 18.1 peratus.



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peruntukan berkenaan membuktikan bahawa Kerajaan amat prihatin kepada pembangunan sektor komoditi getah yang diusahakan oleh pekebun kecil.

“Pada pembentangan Bajet 2023 yang lalu, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion kepada sektor komoditi yang turut melibatkan RISDA sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di Padang Awam Kampung Batu Papan di Bera, Pahang, hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memajukan sektor komoditi negara adalah peruntukan RM315 juta bagi Program PembangunanKawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil untuk menggantikan pokok getah tua untuk manfaat 387,000 pekebun kecil.



“Kedua, Program Pembangunan Semula Hasil Baharu bagimenggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharuselain getah seperti tanaman makanan jangka pendekdengan peruntukan RM40 juta.

“Ketiga, bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersamasama dengan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi.

Inisiatif keempat pula menurut beliau ialah Skim Perlindungan Pertanian yang akan diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi.

“Kelima, bagi orang Asli di Bera, Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli akan dilaksanakan merangkumi kerjakerja penanaman semula getah dan kelapa sawit.



“Insya Allah, kesemua perkara tersebut akan dilaksanakan jika semua pekebun kecil di negara ini memberi mandat kepada Kerajaan saya pada PRU-15 akan datang,” katanya. E9

Kerajaan sedia peruntukan RM600 juta buat pekebun kecil – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker