Zarina jalani pembedahan bariatrik

Zarina jalani pembedahan bariatrik

Pelakon Zarina Zainuddin, 52, mengaku menjalani pembedahan bariatrik berikutan keadaan kesihatan yang terjejas sejak akhir-akhir ini.

Pelakon drama Teduhan Kasih itu memberitahu, selama ini, dia tidak menyedari berdepan masalah kesihatan, namun, mengaku melihat beberapa perubahan ke atas dirinya.



Antaranya, Zarina sakit pada bahagian tumit dan lutut selain cepat penat serta semput apabila menaiki tangga. Selain itu, demam yang tidak kebah hampir seminggu menyebabkan Zarina nekad menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selama ini, saya tidak sedar ada macam-macam penyakit. Saya cepat penat dan tumit sakit setiap kali memijak. Baru-baru ini, saya demam hampir seminggu. Biasanya, selepas ambil ubat, dalam dua hari sembuh. Namun, kali ini, demam berpanjangan.

“Saya mula risau melihat perubahan kesihatan. Jadi, saya buat pemeriksaan secara menyeluruh. Doktor kemudian dapati ‘cyst’ pada buah pinggang, hati dipenuhi lemak dan mengembang serta ulu hati longgar.

“Berat badan saya naik mendadak. Ini mungkin faktor usia atau proses pramenopaus. Dari berat 51 kilogram (kg), jadi 67 kg. Disebabkan hendak diet agak susah dan selepas dapatkan nasihat doktor, saya pilih pembedahan bariatrik demi kesihatan,” katanya yang menjalani prosedur itu di sebuah hospital swasta di ibu negara, semalam.



Zarina berkata, bacaan kolestrol juga tinggi iaitu mencecah 8.9, malah, doktor mengesahkan dirinya berisiko mengalami masalah saluran darah tersumbat dan boleh diserang angin ahmar.

“Saya tidak sangka tahap kolestrol sangat tinggi. Sebelum ini, mungkin saya makan sahaja sebab sedap. Tidak sangka, dalaman saya teruk.

“Saya tidak suka lihat diri lemah dan tidak cerdas. Saya harap selepas pembedahan, saya kembali cergas dan dan dapat menjalani kehidupan lebih sihat lagi.

“Jika kurus itu dianggap bonus, saya mohon doa daripada semua agar cepat sembuh,” katanya.



Zarina berkata, sebaik sembuh, dia akan kembali bekerja.

“Saya nasihatkan jagalah kesihatan. Kadang kita tidak tahu, luaran nampak sihat tetapi dalaman, tidak. Saya buat semua ini demi kesihatan, orang tidak tahu apa yang kita rasa,” katanya. BH

Zarina jalani pembedahan bariatrik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker