Satu jam pujuk mangsa guna pendekatan psikologi

Satu jam pujuk mangsa guna pendekatan psikologi

KUANTAN – Kesabaran dan pendekatan psikologi yang digunakan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan East Coast Mall (ECM) di Kuantan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu lelaki berusia 38 tahun berkenaan berada di besi luar pada bahagian bumbung bangunan empat tingkat setinggi kira-kira 30 meter tersebut.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.16 petang mendapati lelaki yang dalam keadaan murung berada di atas besi bersebelahan bumbung bangunan.

“Anggota bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) memujuk mangsa namun pada mulanya menghadapi kesukaran kerana lelaki berkenaan bertindak agresif berjalan di atas besi berkenaan bagi menjauhkan diri daripada anggota bomba.

“Namun pelbagai kaedah dan pendekatan psikologi digunakan termasuklah memberikan minuman, bertanyakan permasalahan dan nasihat akhirnya berjaya memujuk mangsa turun dengan selamat,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memujuk mangsa agar turun dengan selamat.



Katanya, seramai 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mangsa diturunkan menggunakan jenter ALP sebelum di hantar ke hospital. K Online

Satu jam pujuk mangsa guna pendekatan psikologi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker