PRN Melaka: PM bagi sokongan moral kepada Calon BN bertanding di Melaka

Sebaran :

Oleh BamJekk

MELAKA –Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub merangkap naib presiden UMNO Malaysia hadir ke Melaka bagi menzahirkan sokongon kepada calon-calon yang bertanding bagi 28 kawasan dewan undangan negeri (DUN) Melaka.

Kehadiran beliau disambut baik oleh jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu di perkarangan mengunjungi Bilik Gerakan DUN Sungai Udang kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama jentera-jentera BN yang hadir member sokongan kepada calon-calon BN di dalam parlimen Tangga Batu.



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang juga calon BN bagi DUN Sungai Udang yang buat pertama kalinya menjadi calon pada pilihan raya.

Dun Sungai Udang pada PRN kali ini bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

Turut hadir di Bilik Gerakan DUN Sungai Udang itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad.

 


Sebaran :

Leave a Reply