Harga minyak tinggi, nilai ringgit meningkat

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6850/6880 berbanding paras penutup 4.6865/6920 pada Jumaat minggu lalu

Setakat jam 6.13 petang, minyak mentah penanda aras Brent meningkat sedikit sebanyak 0.44 peratus kepada AS$93.68 setong, minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik 0.33 peratus kepada AS$90.33 setong.



Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata walaupun Rizab Persekutuan (Fed) berusaha memperlahankan permintaan pengguna negara itu pada Jumaat, Russia mengumumkan larangan eksport petrol dan diesel yang seterusnya memberi sokongan kepada harga minyak.

“Meskipun kebimbangan pasaran hartanah di China dan hasil AS yang tinggi, ringgit mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan kemungkinan mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit stabil pada RM4.68 berbanding dolar AS di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ketidaktentuan ekonomi masih berlarutan apabila Kongres AS sepatutnya meluluskan rang undang-undang perbelanjaan pada akhir September yang sekiranya masih tidak mencapai kata putus akan menyebabkan penutupan operasi kerajaan.



“Sekiranya berlaku penutupan operasi kerajaan, ketidakpastian akan terarah kepada tempoh masa penutupan dan bagaimana ia mungkin memberi impak kepada ekonomi AS,” katanya.

Buat masa terdekat ini, ringgit berbanding dolar AS dijangka berada dalam jajaran kecil, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1523/1546 daripada paras penutup 3.1593/1632 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding euro kepada 4.9825/9857 daripada 4.9860/9918 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7274/7311 daripada 5.7372/7439.



Sementara itu ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain kecuali berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4295/4319 daripada 3.4313/4359 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding baht Thai kepada 12.9642/9772 daripada 13.0119/0322 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 304.1/304.5 daripada 304.7/305.3 sebelumnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker