Jit Murad meninggal dunia

Punca kematian Jit Murad belum dikenal pasti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan, disahkan beberapa teman rapat Allahyarham.

Menurut laporan Awani, punca kematian Jit belum dikenal pasti setakat ini.

Jit yang juga anak bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Allahyarham Murad Mohamed Noor, mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.



Beliau merupakan abang kepada penerbit filem, Na’a Murad.

Antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintangi Jit termasuk “Spilt Gravy On Rice” (1995), “The Storyteller” (1996) dan “Gold Rain and Hailstones” (2002).

Jit yang dilahirkan di Kuala Lumpur adalah graduan bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah.

Sepanjang kariernya, Jit disegani sebagai penulis, pelakon dan penerbit teater berdedikasi serta dinamik.



Beliau turut dikenali sebagai penulis prolifik di Asia Tenggara, selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah, termasuk Anugerah Boh Cameronian.

Allahyarham pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri kreatif Malaysia, termasuk Krishen Jit, Zahim Albakri dan Jo Kukathas.

Jit pernah membintangi filem “Selubung”, “Mimpi Moon”, “Talentime” dan “1957: Hati


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker