Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan

Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan

Pas memberi peringatan kepada Perikatan Nasional (PN) agar tidak sesekali membuka pintu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasanya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menegaskan, parti itu akan menentang habis-habisan sebarang usaha bekerjasama dengan PH sama ada menerusi pakatan pilihan raya mahu pun gabungan politik.



Katanya, penentangan itu selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pas pada 15 Mei lalu.

“Sebelum ini, Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan PH mahu merungkai tonggak Perlembagaan Persekutuan, oleh itu kerjasama dengan PH adalah sesuatu yang mustahil bagi Pas.

“Matlamat mahu mencari kemenangan sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Pas yang mahu mendaulatkan Islam, sama sekali tidak dapat diterima oleh pendukung dan penyokong parti ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Mohd. Zuhdi berkata, PH merupakan ancaman kepada umat Islam dan bumiputera di negara ini sebagaimana yang terbukti semasa 22 bulan mereka memerintah.



Oleh itu, katanya, kerjasama dengan PH sama sekali tidak termasuk dalam agenda penyatuan ummah dan sebarang usaha ke arah berkenaan adalah pengkhianatan kepada umat Islam di negara ini.

Menurutnya, Pas akan terus berusaha untuk menyatukan ummah walaupun masih terdapat pergeseran tajam antara parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Islam. Utusan

Kerjasama PN – PH, Zuhdi beri peringatan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker