PAS tak akan bubar DUN sebelum Mac 2023 – Takiyuddin

PAS tak akan bubar DUN sebelum Mac 2023 – Takiyuddin

Negeri-negeri diterajui PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Mac tahun depan.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata buat masa ini penumpuan lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan kehidupan rakyat terutama dalam bidang perekonomian dan kesihatan.

Takiyuddin berkata, perkara itu akan diberi perhatian ketika muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung hujung minggu ini.

“Kerajaan negeri-negeri yang diterajui oleh PAS tidak akan membubarkan DUN masing-masing lebih awal dari Mac 2023.

“Atas dasar buat masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain dari kesihatan,” katanya dalam Kenyataan, hari ini.

Kenyataan PAS itu susulan gesaan Umno supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob segera mengadakan PRU15.

Umno berulang kali menyuarakan gesaan berkenaan secara terbuka termasuk ketika taklimat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu.

Pada masa sama Konvensyen Perikatan Nasional (PN) – di mana PAS adalah salah satu parti yang mengganggotainya – Sabtu lalu turut menyatakan kesediaan untuk menghadapi PRU15 jika diadakan dalam kadar segera.

Takiyuddin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa harian yang berlangsung semalam.

Katanya, PAS mengambil pendekatan bersikap terbuka dalam mencari formula terbaik bagi mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU akan datang.

“(Ia) Demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya lagi. Mk

PAS tak akan bubar DUN sebelum Mac 2023 – Takiyuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker