Samosa inti cicak, gadis terkunyah benda kenyal

Seorang lelaki dan anak perempuannya terkejut apabila menemui bangkai seekor cicak dalam hidangan samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh.

Laman berita Ary News melaporkan, apabila gadis berusia 13 tahun itu mula menggigit samosa tersebut, dia merasakan sesuatu yang kenyal dan menemui seekor cicak mati.

Dia segera menunjukkan cicak itu kepada bapanya, Manoj Kumar yang sudah menghabiskan beberapa samosa itu. Kedua-dua mereka kemudian memuntahkan makanan yang sudah ditelan



Rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa yang dimakannya di tepi jalan.

Manoj kemudian membawa polis ke kedai tersebut. Bagaimanapun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersbeut kerana dia menyumbat isi kentang itu menggunakan tangannya sendiri.

Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas kerap mual dan muntah namun kini dalam keadaan stabil.

Pegawai polis berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker