Tunggang 280km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Tunggang 280km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan sekumpulan individu menunggang motosikal berkuasa besar secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini mengundang kecaman netizen selepas video aksi itu tular hari ini.

Rakam berdurasi kira-kira 45 saat itu yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.



Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Kumpulan terbabit yang tidak melalui lorong motosikal dipercayai dalam perjalanan dari arah pulau menuju ke Seberang Perai.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mengecam tindakan itu apabila menganggapnya sebagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. K Online

Tunggang 280km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker