Lembah Klang, beberapa negeri alami gangguan elektrik

Lembah Klang, beberapa negeri alami gangguan elektrik

Gangguan bekalan elektrik berlaku di pelbagai tempat di Lembah Klang hari ini.

Pengguna-pengguna memberitahu antara lokasi yang mengalami gangguan ialah di Cheras, Subang, Ampang, Kepong, Hartamas, Bukit Damansara dan Shah Alam.



Ketika berita ini ditulis, menurut wartawan yang bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, bangunan itu turut mengalami gangguan elektrik.

Sementara itu beberapa pengguna media sosial juga memaklumkan bekalan elektrik turut mengalami gangguan di sesetengah tempat di Kota Bharu, Kelantan; Butterworth dan Bayan Lepas di Pulau Pinang; Alor Setar di Kedah; dan Kuantan, Pahang.

Sementara itu TNB melalui hebahannya memaklumkan “beberapa kawasan” sedang mengalami gangguan bekalan elektrik.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.



“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam reaksi segeranya melaporkan, lampu isyarat di sekitar bandar raya tidak berfungsi atau mengalami gangguan.

Justeru, kata DBKL, pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

“Petugas Warden Trafik DBKL telah diarah untuk mengawal serta mengawasi trafik di jalan-jalan utama,” katanya. MK



[Berita penuh menyusul]

Lembah Klang, beberapa negeri alami gangguan elektrik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)



Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker