Penceroboh kubur Iban diburu

Penceroboh kubur Iban diburu

Sibu: Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pencerobohan tanah perkuburan Iban, Pulau Keladi di sini, dimohon tampil menyalurkan kepada polis bagi membolehkan individu yang melakukan kegiatan itu dikesan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, sejak kejadian yang dilaporkan pada 7 April lalu, sehingga kini pihak polis masih giat menjalankan risikan bagi mengesan individu yang terbabit.



Menurutnya, buat masa ini kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Fairrul Noor Azlan di talian 017-3315589.

“Pada jam 9.30 pagi 7 April lalu, Balai Polis Lanang di sini, menerima laporan dari Tuai Rumah Tanjung Latap memaklumkan tanah perkuburan Pulau Keladi diceroboh.

“Susulan itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 28 kubur diceroboh,” katanya dalam satu kenyataan semalam. HM



Penceroboh kubur Iban diburu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker