Bomoh dalang pecah rumah

Bomoh dalang pecah rumah

Kangar: Dua lelaki, seorang daripadanya bomoh, ditahan polis Isnin lalu, kerana terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini, sejak beberapa bulan lalu.

Bomoh berusia 49 tahun itu ditahan bersama rakan jenayahnya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di Repoh, Kangar, kurang 24 jam selepas melakukan jenayah.



Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penahanan kedua-dua suspek adalah rentetan laporan polis dibuat berhubung kes pecah rumah dan premis di sekitar daerah berkenaan.

“Kejadian terbaru adalah pada 5 November lalu yang mana suspek pergi ke sebuah kedai runcit di Taman Sena, di sini, sebelum mencuri beg sandang di premis terbabit.

“Suspek yang menyelongkar beg sandang itu terjumpa kunci motosikal mangsa sebelum kemudiannya melarikan jentera berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kangar dan kurang 24 jam, anggota Balai Polis Kangar dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar berjaya mengesan suspek.



“Pada serbuan jam 9 malam itu, kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kes itu selain tiga lagi kes pecah rumah di daerah ini,” katanya.

“Kami turut merampas antaranya gergaji, pisau, mesin penebuk selain barangan curi seperti motosikal,” katanya.

Kata beliau, dalang kes itu aktif sejak 1998 malah memiliki 16 rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah manakala suspek kedua mempunyai lapan rekod lampau.

Kedua-duanya juga positif dadah dan kini direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. HM



Bomoh dalang pecah rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker