Benarkah Hakim Nazlan dilantik selepas tiga hakim tolak gantikan Hakim Sofian?

Kes SRC guna kaedah "judge shopping" yang menyalahi etika pemilihan hakim?

Oleh Norzahira

DENGAN viralnya Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, banyak persoalan yang perlu dijawab memandangkan ianya melibatkan untung nasib Negarawan ulung Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalan utama, adakah benar hakim Datuk Nazlan dilantik selepas tiga hakim menolak untuk menggantikan Hakim Sofian berhubung kes SRC?



Malah ada suara-suara nakal yang mengatakan Hakim Nazlan dipaksa dengan ugutan mengendalikan kes SRC dengan naratif yang telah ditetapkan oleh musuh-musuh politik Najib.

Perkara ini timbul apabila tularnya laporan SPRM berkenaan tiga Hakim Mahkamah Tinggi menolak mengadili perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak. Memetik sumber laporan yang dibocorkan di media sosial itu, Hakim Nazlan dilantik selepas tiga hakim terbabit menolak berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

“Pada 10 Ogos 2018 YBhg Dato’ Sri Mohd. Najib telah didakwa di mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.

“Pada bulan yang sama, selepas tiga Hakim Mahkamah Tinggi menolak bagi mendengar kes YBhg Dato’ Sri Mohamad Najib Razak YA Dato’ Mohamad Nazlan Bin Ghazali telah dilantik untuk mendengar kes ini.



“Sebelum ini YA adalah merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan ini merupakan prosiding kes jenayah pertama yang didengari oleh YA,” kata laporan SPRM pada perenggan 3.5.

Laporan penuh yang didakwa sebagai siasatan SPRM itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Lim Sian See dan sebuah portal iaitu Sabahkini.

Sian See mendakwa, laporan SPRM bahawa tiga hakim pernah diminta dan menolak untuk ambil alih kes SRC International adalah satu petunjuk bahawa pilih kasih dalam pemilihan hakim secara manual (ataupun forum/judge shopping) telah berlaku.

“Ini adalah sangat salah sebab pemilihan hakim bagi mana-mana kes sepatutnya dilakukan secara automatik oleh sistem agar tiada tuduhan bahawa hakim-hakim yang lebih cenderung kepada pihak tertentu ditugaskan dengan sengaja untuk mengenakan pihak tertentu.



“Jika hakim yang ditugaskan sebuah kes berpendapat mereka tidak sesuai maka mereka perlu menawarkan untuk menarik diri di mahkamah terbuka.

“Bukan menolak secara rahsia setelah diminta secara rahsia seperti dinyatakan dalam perenggan 3.5 laporan SPRM,” kata beliau.
Dalam laporan bertarikh 20 Februari 2023, selepas meneliti kes tersebut dan mengambil kira kepentingan awam SPRM memperakukan supaya tindakan tatatertib diambil terhadap Nazlan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Ini kerana Nazlan gagal mengisytiharkan kepada mahkamah atau ketua jabatan bahawa beliau pernah bertugas sebagai ‘General Counsel dan Company Secretay Maybank’ dalam menghakimi kes SRC International dan terlibat dalam menguruskan berkaitan kelulusan pinjaman RM140 juta kepada Putra Perdana Berhad dan pinjaman RM4.17 bilion kepada 1MDB Energy bagi pengambilalihan TEHSB.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker