Zydee One Nation Emcees alami pendarahan otak

Zydee One Nation Emcees alami pendarahan otak

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, 40, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah, selepas diserang angin ahmar akibat pendarahan dalam otak, dilaporkan stabil.

Anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza memberitahu, Zydee perlu berehat kerana masih lemah.



“Saya difahamkan kejadian berlaku semalam ketika Zydee dirawat di hospital itu. Sebelum ini, Zydee mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital.

“Saya pergi ke hospital hari ini, namun, tidak dibenarkan melawat kerana prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Bagaimanapun, doktor beritahu Zydee stabil dan sudah sedar. Cuma daya ingatannya masih lemah kerana ada darah beku dalam otak,” katanya kepada BH Online.

Kozae berkata, ketika ini, Zydee masih dirawat di ICU dan dipantau doktor.



“Biarpun stabil, keadaannya masih belum mengizinkan Zydee dipindahkan ke wad biasa.

“Kepada mereka yang mengenali Zydee, saya harap kalian dapat mendoakan agar Zydee segera sembuh dan aktif seperti biasa,” katanya. BH

Zydee One Nation Emcees alami pendarahan otak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker