Negara maju perlu sumbang sumber, teknologi kepada negara membangun – Ismail

Sebaran :

Negara maju perlu sumbang sumber, teknologi kepada negara membangun – Ismail

Negara maju bertanggungjawab menyumbang sumber kewangan dan pemindahan teknologi untuk membolehkan negara membangun melaksanakan inisiatif pembangunan mapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peranan itu akan membantu usaha dunia untuk berubah ke arah masa depan yang mampu mendepani perubahan iklim.

Beliau berpandangan, peranan itu selaras dengan prinsip kesaksamaan ‘tanggungjawab bersama yang dibezakan’.

“Bagi Malaysia, mengarusperdanakan kemampanan adalah kunci dalam memastikan perubahan yang lancar ke arah ekosistem sosioekonomi yang lebih hijau.

“Bagi mencapai matlamat ini, Malaysia memperkenalkan beberapa dasar termasuk konsep Ekonomi Kitaran, yang akan menggerakkan inisiatif mitigasi dan adaptasi di bandar-bandar kami.

“Kami yakin ia akan menyumbang dengan ketara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon menjelang 2050,” katanya ketika berucap secara maya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-76, yang dianjurkan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, Ismail Sabri mengakui usaha untuk membangunkan semula kehidupan dan ekonomi pasca pandemik, bukanlah tugas mudah.

“Cabarannya adalah lebih sukar bagi negara yang lebih terdedah kepada bencana alam.

“Usaha pemulihan semestinya menjadi lebih sukar, sekali gus memerlukan tempoh lebih lama dan sumber untuk memastikan ia berjaya,” katanya. BH

Negara maju perlu sumbang sumber, teknologi kepada negara membangun – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat


Sebaran :

Leave a Reply