Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri

Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri

Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu merombak Jemaah Menteri dan melantik individu lebih berkelayakan menerajui portfolio tertentu susulan rasa tidak puas hati terutama berkait harga barangan, kata dua ahli akademik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata penangguhan melantik pengganti Allahyarham Salahuddin Ayub sejak pemergiannya pada Julai meletakkan Anwar pada situasi tidak baik.

Katanya, portfolio perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup merupakan kementerian penting apabila Salahuddin memperkenalkan siri jualan Rahmah dan kempen makanan murah.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata: “Jika pengganti Salahuddin tidak dibuat segera, rakyat merasakan perdana menteri tidak serius menangani isu kos sara hidup, yang mana menjadi isu awam.”

Azmi memberitahu FMT, rombakan berkenaan diperlukan bagi menyingkirkan beberapa menteri yang tidak menunjukkan prestasi baik atau tidak sesuai menerajui portfolio dipegang. Katanya, mereka boleh dipindahkan ke portfolio lain tanpa beliau mendedahkan nama.

Katanya, “Inilah masa terbaik bagi Anwar melakukan rombakan memandangkan banyak bunyi bising terhadap Anwar ketika ini,” katanya.

Mazlan berkata, persepsi kesenjangan kualiti antara perdana menteri dan jemaah menterinya agak signifikan. Sambil memuji etika kerja Anwar sebagai perdana menteri, beliau berkata Jemaah Menteri lain perlu juga setara.

“Demi memastikan pentadbiran berjalan lancar, pasukannya memerlukan pada tahap sama. Sepatutnya, Anwar perlu melakukan rombakan Jemaah Menteri secepat mungkin dan mencari pengganti Salahuddin,” katanya.

Katanya, menteri tidak berprestasi perlu disingkirkan segera, namun beliau boleh menukar portfolio mereka atau mewujudkan jawatan baharu.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya peka terhadap sentimen awam.

Cakap-cakap berhubung rombakan Jemaah Menteri selepas kematian Salahuddin timbul selepas lima pegawai tinggi kanan kementerian dirombak kedudukan.

Ketika ini, portfolio dipegang Salahuddin sebelum ini dipangku sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Ali. FMT

Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker