Ambulans Sendiri Datang Ambil, Dr Zulkifli Sah Positif CoVlD-19. Ini Luahan Beliau, ‘Saya Mohon Maaf..’

Terkini, Menteri di Jabatan Perdana Mnteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif COVlD-19.

Difahamkan Dr Zulkifli disahkan positif COVlD-19 selepas pulang dari Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Berikut status dikongsikan oleh Dr. Zulkifli di Facebook beliau;



” Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVlD-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

” Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

” Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVlD-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

” Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVlD-19. Insya-Allah.



” Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.

” Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

” Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.



” Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkndas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.

” Program-program Musa’adah COVlD-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.

” Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini.

” Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bngsa. Pandemlk COVlD-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan.



” Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.

” Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rkyat Malaysia yang menghldap COVlD-19 termasuk diri saya.

” Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.

” Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan sarlngan COVlD-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.



” Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik.

” Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.

” Sekian, terima kasih.” tulis Dr. Zulkifli

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan Menteri Agama itu agar diberikan kesembvhan dan kembali bertugas seperti biasa.



Sumber:limauais

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker